Bidang Fokus: Semua, Jumlah Idea : 2
  • Mohd Shahir bin Sidek
    JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

    Assalamualaikum w.b.t. Salah Sejahtera Cadangan saya fokus terus kepada idea untuk kita merevolusi kaedah pemakanan serta pengurusan sumber pemakanan di Malaysia. Objektif: Melahirkan rakyat dewasa yang cakna kepada habit pemakanan seimbang pada tahun 2050 melalui revolusi pemakanan yang dimulakan pada hari ini serta cakna akan keperluan mengoptimumkan sumber serta menghapuskan pembaziran. Justifikasi: Impak revolusi pemakanan adalah kepada perkara-perkara seperti berikut: 1. Habit pemakanan baru dapat kurangkan penyakit seterusnya mengurangkan peruntukan Kerajaan kepada program kesihatan (RM25 billion peruntukan bagi tahun 2017). 2. Habit pemakanan baru dapat lahirkan generasi yang lebih sihat serta mempunyai potensi fizikal yang melangkaui generasi sebelumnya seterusnya dapat meningkatkan prestasi negara dalam pelbagai indsutri seperti sukan. 3. Habit pemakanan yang baru turut perlu menekankan tentang mengoptimumkan sumber serta ke arah sifar pembaziran sumber makanan (rakyat Malaysia membuang 17,800 tan makanan sehari - Sumber Berita Harian 3 Mei 2017) Kaedah: 1. Revolusi pemakanan di sekolah. Perkenal kod pemakanan yang dibenarkan dijual disekolah. Wajibkan hanya set makanan sihat dibenarkan dijual yang dekeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dan dipantau Kementerian Kesihatan serta Kementerian Belia dan Sukan 2. Perkenal akta untuk kompaun kepada mana-mana individu yang tidak menghabiskan makanan di premis-premis (seperti amalan negara maju). 3.Laksana audit penggunaan sumber makanan negara untuk panduan dalam membuat dasar. 4. Perkenal kompaun untuk premis yang tidak mengurus sumber makanan (contoh: rastoran yang menyediakan makanan melebihi keperluan). 5. Jadikan revolusi ini sebagai agenda negara dan KPI Kerajaan sebagaimana perkara-perkara dasar yang lain. Kesimpulan: Ini merupakan elemen yang akan melengkapkan usaha Kerajaan untuk membentuk masyarakat 2050 yang matang dari pelbagai aspek. Jika tiada negara yang mulakan, mari kita menjadi pelopor. Kita ada peluang untuk ubah, mari lakukan. Sekian, terima kasih.

    8
  • Naizan Syuhada bin Rejab
    KEMENTERIAN KEWANGAN

    Melalui Internet of Things (IoT), terdapat bidang tugas yang melibatkan profesion sedia ada akan luput dan digantikan penggunaan mesin berkomputer jua transaksi atas talian yang meliputi sebahagian besar urusan sedia ada. Justeru, perkara berikut dicadangkan: 1. Mengenal pasti bentuk tugasan yang bakal diautomasi dan profesion yang akan lupus. Ia meliputi peringkat sokongan hingga pengurusan tertinggi. Berkemungkinan tahap kelulusan terendah adalah diploma atau setara, memiliki kemahiran ICT, pengurusan sistem dan pengetahuan teknikal. 2. Pelaburan jangka panjang untuk menaiktaraf kemudahan dan kemampuan infrastruktur IT dari masa ke semasa di setiap peringkat perkhidmatan. Agensi sedia ada perlu diperkukuhkan supaya mampu membentuk teknologi yang bakal digunapakai dan mengurangkan kebergantungan kepada vendor luar. Ia membantu mengekalkan aliran tunai dalam negara di samping melipat gandakan industri IT Malaysia. Ia melibatkan penciptaan sofware dan hardware, jua penggunaan meluas Big Data sebagai pembekal input untuk pembentukan pollisi negara. 3. Kaedah pembangunan kapasiti ilmu dan kemahiran yang berterusan mampu menterjemahkan keupayaan inovasi dan menterjemahkan teknologi yang diperlukan tanpa merujuk mana-mana konsultan luar. Malah, Malaysia menjadi pakar rujuk di peringkat ASEAN jua global. 4. Kajian semula guna tanah dan ruang pejabat yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan yang lain. Sebagai contoh, autonomous driving cars akan menyebabkan lebihan parking lot, automasi profesion dan transaksi online akan mengurangkan penggunaan ruang pejabat sebanyak 60%. Kerajaan mampu beroperasi pada kos yang lebih minima di mana penggunaan aset kerajaan adalah rendah dan penggunaan teknologi hijau adalah tinggi (paperless process and high usage of biodegradable material).

    35