PEMBELAJARAN
Mewujudkan sistem pendidikan yang kompetitif dengan negara maju dengan menempatkan guru-guru yang kompetitif yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pengajaran subjek Matematik dan Sains perlu menggunakan Bahasa Inggeris bagi menjadikan masyarakat pada tahun 20150 fasih Bahasa Inggeris.
PEMBELAJARAN
Memperkasa penulisan tulisan jawi di tempat awam termasuk jabatan kerajaan dan swasta agar pelajar dapat mengaplikasikannya diluar bilik darjah.
PEMBELAJARAN
Isu semasa: buli, kurang patriotik di kalangan pelajar cadangan: leverage on pesara tentera dan polis dalam membantu pihak sekolah. boleh membantu menangani kes buli dan juga memupuk semangat cintakan negara dari kecil lagi
PEMBELAJARAN
Idea berkenaan dengan pembelajaran anak bangsa yang berkait rapat dengan pelbagai perkara.Saya memberi contoh cabaran ibu-bapa masa kini. Anak2 akan ke sekolah samada dihantar oleh ibu bapa atau menggunakan perkhidmatan bas awam/ swasta. Seterusnya,pengangkutan akan diperlukan untuk menghantar anak2 ke rumah transit iaitu rumah persinggahan untuk makan dan menyiapkan diri bagi sesi persekolahan ...
PEMBELAJARAN
YB Datuk, Saya mempunyai pandangan yang agak bernas berkenaan dengan pembelajaran anak-anak bangsa serta berkait rapat dengan pelbagai perkara. Saya memberi contoh amalan serta cabaran semasa yang dilakukan kepada ibu-bapa masa kini. Anak-anak akan ke sekolah samada dihantar oleh ibu bapa mahupun menggunakan perkhidmatan bas awam atau swasta. Seterusnya, pengangkutan akan diperlukan untuk ...